NEWS

Isu ICERD : DAP Baling Bantu Sembunyi Tangan – Sejarah , Bukti , Fakta Dan Kebenaran Dan Bukannya Fitnah

DAP mengambil pendekatan berdiam diri berhubung hasrat kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata isu itu sepatutnya hanya dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.

“Bukan kami yang bangkitkan isu ICERD, itu Waytha Moorthy. Biar dia saja yang jawab.

Apabila ada NGO yang mengaitkan DAP menjadi dalang kepada ICERD maka Lim Guan Eng mengatakan kenyataan tersebut adalah fitnah. 

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata beliau juga akan membuat laporan polis terhadap NGO yang dikenali sebagai Gabungan NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3) itu.

Sebelum ini, NGO berkenaan dilapor menuduh DAP menjadi dalang menggerakkan agenda agar kerajaan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi kerajaan.

Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP berata dakwaan NGO itu merupakan satu fitnah yang jahat.

Bukti Fakta Sejarah DAP ADALAH PENCETUS ICERD DAN BUKANNYA FITNAH

Rakyat Malaysia kena tahu bahawa Waytha Moorthy hanyalah alat yang dikorbankan oleh DAP. Hal ini disebabkan Waytha Moorthy hanya mula berbicara tentang ICERD pada November 18 , 2018. Waytha Moorthy yang sedang menggulung Belanjawan 2019 menyentuh mengenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada November 19 , 2018.

Ketika diserang maka dengan mudah sembunyi tanga mengatakan bukan mereka yang membangkitkan isu ICERD. Rakyat Malaysia bukannya buta sejarah , fakta dan kebenaran. DAP sudah mula memperjuangkan dan membangkitkan isu ICERD sejak tahun 2013.

Kita mencabar DAP supaya jangan DELETE KESEMUA LINK yang datangnya dari laman web rasmi parti DAP sendiri ( BUKTI ) . Jangan kata fitnah. Kita tunjukkan bukti. Kalau anak jantan maka JANGAN DELETE apabila bukti dan kebenaran apabila segala bukti ini menjadi viral.

Mahdzir Ibrahim, Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAPSY, pada 6 Jun 2013

“Malah langkah mengatasi masalah ini seharusnya sudah dilaksana segera sepertimana desakan dari Proham agar kerajaan menandatangani Konvensyen Antarabangsa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 1969 (ICERD).” – Mahdzir Ibrahim

Link Laman Web Rasmi DAP –  kerajaan menandatangani Konvensyen Antarabangsa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 1969 (ICERD).

Howard Lee, Pengarah Dasar Awam DAP Perak dan ADUN Pasir Pinji, pada 22 Disember 2013

“Kerajaan boleh ditekan untuk meratifikasi paling tidak… Konvensyen Antarabangsa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 1969 (ICERD) sebelum Universal Periodic Review PBB pada 2018.” Bukan ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikah?” –Howard Lee

Malaysiakini- Support for Malaysia joining the international ‘big boys’?

Kasthuri Patto, Setiausaha Publisiti Wanita DAP dan Ahli Parlimen Batu Kawan, pada 11 Disember 2017

“Perjanjian-perjanjian utama yang mesti Malaysia tandatangani dan ratifikasi sebelum PRU 14 ialah… Konvensyen Antarabangsa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 1969 (ICERD).”- Kasthuri Patto

Link Laman Web Rasmi DAP – I call on Putrajaya and the Prime Minister to accept the challenge to ratify human rights treaties

Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang, pada 8 November 2018

“Jangan bimbang dan takut terhadap proses meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).” – Charles Santiago

Free Malaysia Today – Jangan takut ratifikasi ICERD, DAP beritahu PPBM, Umno

Chow Yu Hui, ADUN Tras, dan Chiong Yoke Kong, ADUN Tanah Rata, pada 9 November 2018

“Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah “parti untuk semua rakyat”, caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing, atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum. Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD.” – kenyataan bersama Chow Yu Hui, Chiong Yoke Kong.

Laman Web Rasmi DAP – DAP harus sokong ICERD

Waytha hanya mula membangkitkan di parlimen pada 19 November 2018 semasa sesi pergulungan belanjawan 2019. Mengapa pula Lim Guan Eng suruh tanya Waytha? Mengapa tidak tanya kesemua bekas pemimpin DAP yang mulakan dahulu ISU ICERD ini sebelum Waytha?

DAP LIM GUAN ENG SEMBUNYI TANGAN DALAM ISU ICERD

“Saya rasa semua orang pun tahu bahawa isu itu (ICERD) tidak dibangkitkan oleh pihak kami DAP.  Siapa yang bangkitkan itu…bukan kamilah. – Lim Guan Eng  ( Nov 18 , 2018 )

“Itu sentimen perkauman yang cuba dibakar, kita tidak timbul langsung perkara ini dan pihak berkenaan cuba mengaitkan DAP atas tujuan politik mereka,” – Lim Guan Eng  ( Nov 18 , 2018 )

“Kamu (media ) tanya Moorthy. Tentang pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak setuju (ICERD) itu pandangan mereka,” katanya. – Lim Guan Eng ( Nov 18 , 2018 ) – LINK

DAP enggan ulas ICERD – 18 November 2018

3 Hari Selepas DAP Sembunyi Tangan Dan Lim Guan Berkata DAP Tiada Pendirian Dan Bukannya Mereka Yang Bangkitkan Isu Ini – BAPANYA LIM KIT SIANG PULA KELUARKAN KENYATAAN TENTANG ICERD. Kata Tak Nak Ulas?

PPBM juga tidak bersetuju dan mengapa pula Lim Kit Siang serang Hadi Awang dalam ISU ICERD sedangkan bukan sahaja PAS dan UMNO yang tidak bersetuju tetapi PPBM juga menentang ICERD?

Lim Kit Siang, Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, pada 21 November 2018

“Adakah Datuk Seri Hadi Awang mengatakan bahawa hanya satu peratus daripada 1.9 bilion Muslim di dunia layak untuk digelar sebagai Muslim sejati kerana semua negara Muslim termasuk semua negara Muslim di Timur Tengah kecuali Malaysia dan Brunei telah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)?.”- Lim Kit Siang.

Link Laman Rasmi DAP – Semua negara Muslim kecuali Malaysia dan Brunei, sudah meraktifikasi ICERD

Lim Kit Siang, Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, pada 22 November 2018

“Bolehkah kiranya Datuk Seri Hadi Awang turut menjelaskan persoalan mengapa 55 daripada 57 negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah meratifikasi ICERD, kecuali Malaysia dan Brunei. Adakah terdapat anggapan bahawa 99% daripada 1.9 bilion umat Islam, yang menetap di 55 daripada 57 negara OIC, telah terpesong dan bukan orang Islam seperti mana yang dimahukan Hadi?.”- Lim Kit Siang.

Link Laman Rasmi DAP – Soalan tambahan mengenai pendirian Hadi dan Ahli Parlimen PAS berhubung ICERD

Isu ICERD Ada Persamaan Dengan Isu Rusuhan Kuil

Bukankah isu ini macam rusuhan kuil yang baharu ini berlaku? Awalnya salahkan Kumpulan Muslim , Selepas itu salahkan Gangster Melayu , selepas itu salahkan Polis , Selepas itu salahkan Papagamo , Selepas Itu salahkan Pemaju dan terkini salahkan peguam Pemaju. Semua pihak yang bersalah. Satu dunia yang bersalah. Dalangnya tidak bersalah? Sekejap pihak ini bersalah , sekejap pihak itu bersalah. Macamlah ISU ICERD.

Tanya Waytha. Bukan DAP yang bangkitkan sedangkan yang bangkitkan lebih awal datangnya daripada banyak pemimpin DAP. Waytha hanya seorang tetapi pemimpin DAP yang ulas dan sokong ICERD bukan sahaja lebih awal tetapi jauh lebih banyak berbanding dengan Waytha yang seorang. DAP tidak mahu ulas lepas itu ulas. Lepas itu salahkan UMNO dan PAS mahu cetuskan perkauman. Salahkan semua dunia. Semuanya yang berkaitan tentang DAP adalah FITNAH. Semuanya yang tidak baik dan silap yang berlaku di negara ini semuanya salah UMNO.

Kita Beri Peluang Kepada DAP

Baiklah kita beri peluang kepada DAP. Jangan pulan nanti DAP terus kata mereka difitnah.

BOLEH DAP JAWAB APA PENDIRIAN DALAM ICERD? Sokong atau tidak Sokong? Mudah sahaja. Selepas itu masyarakat buat penilaian apakah itu fitnah dan kebenaran.

Jangan sekadar JAWAB bukan DAP yang bangkitkan dan tanya orang lain. Jangan jawab tidak mahu ULAS.  Itu pandangan bukan jawapan.

Apa pendirian DAP? Berani menyatakan ? Jangan asyik baling batu sembunyi tangan!

Sokong Atau Tidak Sokong ? Tak akan soalan yang begitu mudah sebegini tidak berani jawab?

Kalau DAP Menentang ICERD maka kata DAP tidak bersetuju maka benarlah kata anda semua bahawa selama ini anda difitnah.

Kalau DAP sokong maka katalah SOKONG ! Jangan pula kata anda difitnah apabila realitinya anda menyokongnya.

 

 

 

 

 

 

Loading...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top